Pelakon Kdrama terima bayaran tertinggi

Kebangkitan drama keluaran Korea Selatan yang dikenali sebagai Kdrama semakin memuncak naik malah popularitinya juga sudah setanding dengan kebanyakan drama terbitan produksi Hollywood.

Kekuatan jalan cerita serta plot twist menarik menjadi antara tarikan yang menyebabkan penonton Kdrama tidak jemu memberikan sokongan terhadap naskhah yang datang dari sana.

Selain faktor jalan cerita, kekacakan serta kejelitaan hero dan heroin mereka turut menjadi penyumbang kepada kejayaan sesebuah drama bersiri Kdrama itu sendiri.

Antara pelakon Kdrama yang menerima pendapatan paling tinggi setakat tahun ini ialah Kim Soo-Hyun, Jun Ji-Hyun, Hyun Bin, So Ji-Sub dan Lee Min-Ho.

Sejak menamatkan latihan tentera pada bulan Oktober 2017, populariti Kim Soo-Hyun terus memuncak naik. Aktor berusia 33 tahun itu kini merupakan pelakon yang menerima bayaran paling tinggi iaitu sebanyak RM2.5 juta bagi setiap satu episod drama yang dijayakannya.

Antara drama yang menaikkan nama Kim Soo-Hyun ialah It’s Okay To Not Be Okay yang ditayangkan pada tahun lalu di saluran berbayar Netflix.

Selain itu, satu-satunya pelakon wanita yang tersenarai dalam Top 7, Jun Ji-Hyun memulakan kerjayanya pada tahun 2001 menerusi drama My Sassy Girl. Turut dikenali dengan nama glamor, Gianna Jun, pelakon berusia 39 tahun ini dilaporkan menerima bayaran sebanyak RM490,000 untuk satu episod drama yang dilakonkannya. – Agensi

Jun Ji-Hyun satu-satunya pelakon wanita yang tersenarai dalam Top 7 Kdrama di Korea Selatan. – Agensi