Pelakon Lord of the Rings meninggal dunia

Pelakon Ian Holm yang membawa watak Bilbo Baggins dalam filem Lord of the Rings meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut laporan Guardian, berita sedih itu telah disahkan oleh agensi pengurusan aktor berkenaan.

“Sangat menyedihkan Ian Holm meninggal dunia pada pagi Jumaat di usia 88 tahun.

“Dia pergi dalam keadaan tenang di hospital meninggalkan keluarga dan kerjaya.

“Seorang yang baik, mesra dan berbakat besar. Kami akan sangat merinduinya,” katanya. – Agensi