Ibu dan bapa kepada pelakon Suhani Bhatnagar berkongsi butiran punca kematian anak perempuan mereka pada Sabtu lalu.
Dalam laporan berkenaan, gadis berusia 19 tahun itu disahkan menghidap gangguan autoimun yang jarang berlaku.
Menurut laporan IndiaToday, ibu bapa Suhani memaklumkan anak mereka didiagnosis penyakit dermatomyositis.
Penyakit jarang berlaku itu mula dikenal pasti sekitar dua bulan lalu apabila Suhani mengalami bengkak di tangan sebelum merebak ke bahagian lain.
Tambahnya lagi, Suhani turut mendapat jangkitan ringan di hospital sehingga menyebabkan pembentukan cecair dalam badan termasuk bahagian paru-paru.
Malah tahap oksigen juga turun dengan mendadak, malah imunisasi tubuhnya juga terjejas akibat ubat steroid yang diberikan.
“Walaupun selepas meletakkan Suhani pada ventilator, tahap oksigennya sangat rendah, dan kemudian petang semalam pada pukul 7 malam, doktor di All India Institute Of Medical Science (AIIMS) berkata dia sudah tiada,” katanya.
Sementara itu, ibu Suhani pula memberitahu aktres itu ada memasang impian untuk kembali berlakon selepas tamat pengajian dalam bidang kewartawanan dan komunikasi masa. – Agensi