Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pelakon Squid Game raih trofi Golden Globe Award 2022

    Pelakon senior Korea Selatan, O Yeong-su membawa pulang piala Golden Globe Award 2022 hasil lakonannya membawakan watak 001 dalam siri Squid Game.

    O Yeong-su meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik dalam Siri, Limited Siri atau Filem untuk televisyen.

    Trofi ini satu-satunya yang diraih siri televisyen popular itu selepas gagal dalam kategori  Siri Televisyen Terbaik dan  Pelakon Terbaik dalam TV Siri – Drama.

    Bagi Siri Televisyen Terbaik dimenangi oleh Succession yang menewaskan Squid Game, Lupin, The Morning Show dan Pose.

    Untuk kategori Pelakon Terbaik dalam TV Siri – Drama dimenangi oleh Jeremy Strong menerusi drama Succession.

    O Yeong-su berkata pencapaian tersebut adalah yang tertinggi dalam kerjayanya sebagai pelakon. – Agensi

    Bagi O Yeong-su, 77, yang membawakan watak Oh Il-nam dalam Squid Game, pencalonan dalam Golden Globe Awards adalah pencapaian tertinggi dalam kerjaya sebagai pelakon.

    Baru-baru ini, The Hollywood Foreign Press Association mengumumkan pemenang Golden Globe Award 2022 menerusi media sosial dan laman web rasmi.

    Filem The Power of the Dog terpilih sebagai Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Jane Campion. Manakala filem West Side Story membawa pulang tiga trofi iaitu kategori Filem Muzikal atau Komedi Terbaik, Pelakon Utama Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.

    Andrew Garfield meraih trofi Golden Globe pertamanya menerusi filem muzikal Tick, Tick… Boom!

    Golden Globe Awards 2022 tahun ini tidak berlangsung seperti biasa.

    Para selebriti menolak untuk hadir, manakala stesen televisyen NBC menolak menayangkan acara itu secara langsung.

    Seperti diberitakan Variety, baru-baru ini, hal itu disebabkan beberapa masalah yang mengaitkan penganjur anugerah tersebut iaitu Hollywood Foreign Press Association (HFPA).

    Masalah itu bermula dengan dakwaan rasuah hingga masalah perkauman yang dilakukan oleh persatuan penganjur tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...