Pelakon Star Wars kesal dibanjiri komen rasis

Bekas bintang Star Wars, Kelly Marie Tran (gambar) ini menghapuskan akaun Instagram beliau pada Jun 2018 kerana gangguan rasis dan seks secara atas talian selama berbulan-bulan kerana memegang watak utama dalam francais berkenaan.

Pada tahun 2017, Kelly Marie Tran ini membintangi filem Star Wars: Episode VIII- The Last Jedi sebagai Rose Tico. Tidak lama kemudian pelakon berusia 32 tahun ini mula mengalami gangguan secara dalam talian yang melampau.

Akaun Instagram beliau dibanjiri dengan komen rasis. Bukan itu sahaja, beliau turut dikutuk dan mendapat body shaming di laman Twitter. Hal ini kerana Kelly Marie Tran menjadi Asia-Amerika pertama yang memegang watak utama dalam filem Star Wars.

Beliau turut memberitahu bahawa disebabkan serangan yang dihadapi secara dalam talian, beliau bergantung kepada terapi dan rakan-rakan untuk mengatasinya.

“Jika seseorang tidak memahami saya atau pengalaman saya, seharusnya bukan tempat saya menginternalisasikan perkauman dan segala-galanya. Mungkin mereka tidak memahami imaginasi untuk memahami bahawa terdapat pelbagai jenis orang yang tinggal di dunia ini.” – Agensi