Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pelakon suara watak Pingu meninggal dunia

    CARLO Bonomi, pelakon suara asal siri kartun Pingu, dilaporkan meninggal dunia di kota kelahirannya, Milan.

    Penerbitan Itali, AF News, merupakan yang terawal melaporkan kematian Bonomi, 85, namun tiada butiran lanjut mengenainya dikeluarkan.

    Bonomi merupakan pelakon suara watak Pingu antara tahun 1990 dan 2000.

    Pingu adalah sebuah rancangan TV kanak-kanak yang disiarkan dari 1986 hingga 2006. Pingu yang merupakan watak seekor penguin, tinggal bersama bapa, ibu dan adik perempuannya di sebuah igloo di Antartika. – Agensi

    Carlo Bonomi meninggal dunia pada usia 85 tahun di Milan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...