Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pelakon Thor dan Star Wars meninggal dunia pada usia 58 tahun

    Pelakon Ray Stevenson yang masyhur menerusi lakonannya dalam filem terbitan Hollywood, Thor dan Star Wars menghembuskan nafas terakhir empat hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-59.

    Berita pemergian Stevenson disahkan ejen publisitinya kepada portal berita BBC, tetapi, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kematiannya yang dikeluarkan.

    Bagaimanapun, punca kematian pelakon itu sehingga kini masih belum disahkan, namun, mendiang dilaporkan telah menerima rawatan ketika sedang menjalani penggambaran di Pulau Ischia, Itali.

    Stevenson membintangi filem Thor pada 2011 dan dalam karya itu, mendiang memegang watak Volstagg.

    Sementara dalam filem Star Wars: The Last Jedi (2017) pula, dia melakonkan watak Kes Vexley.

    Pelakon kelahiran Ireland, Ray Stevenson bergambar di New York pada 7 Mac 2011. – AP

    Selain itu, Stevenson juga pernah membintangi siri televisyen seperti Rome dan Punisher: War Zone.

    Mendiang Stevenson dilahirkan di Utara Ireland, namun, berhijrah ke England ketika usianya 8 tahun.

    Bapanya yang berkhidmat sebagai Tentera Udara Diraja ditempatkan di Lisburn, wilayah Antrim semasa Stevenson dilahirkan pada 1964.

    Minat dan kecenderungannya dalam bidang lakonan mula berputik selepas dia menyaksikan John Malkovich membintangi sebuah pementasan teater di West End, London. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...