Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pelakon veteran Yoon Jung Hee meninggal dunia

    Berita kematian seorang pelakon veteran Korea Selatan telah dilaporkan kelmarin, bintang yang terkenal dengan filem Poetry itu meninggal dunia di Perancis setelah menderita Alzheimer.

    Yoon Jung Hee, berumur 78 tahun, mempunyai karier yang panjang dalam dunia perfileman Korea Selatan dengan kemuncaknya pada era 1960an hingga 1980an.

    Kali terakhir muncul adalah melalui filem Poetry pada tahun 2010, setelah sepi selama 15 tahun dari dunia seni.

    Dipetik dari Asian Wiki, filemnya berkisahkan tentang seorang wanita tua yang menjaga cucu lelakinya dan juga, watak tersebut juga mempunyai penyakit Alzheimer.

    Jung Hee menerima pelbagai penghargaan atas filemnya itu termasuk pelakon wanita terbaik di Anugerah Blue Dragon Awards 2010.

    Pada tahun yang sama, beliau juga mendapatkan penghargaan seumur hidup pada Festival Filem Antarabangsa Kaherah ke-34 yang membuatkannya sebagai orang Korea pertama merangkul anugerah tersebut.

    Bukan itu saja, beliau juga menerima pingat Officier dans L’ordre des Arts et Lettres dari Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Perancis, Frederic Mitterran, sebagai penghargaan kepadanya yang menyumbangkan terhadap perkembangan seni. – Agensi

    Yoon Jung Hee, pelakon veteran Korea Selatan, dilaporkan meninggal dunia di Perancis setelah menghidap penyakit Alzheimer. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...