Pelaku perbuatan tidak bermoral diberkas

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seorang wanita warga Vietnam telah diberkas di dalam sebuah bilik penginapan di salah sebuah hotel di kawasan Berakas kerana dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks.

Kegiatan tidak bermoral Bui Thi Thom, 31, itu telah terbongkar dalam serbuan yang dilaksanakan oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

Semasa serbuan tersebut, pihak polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti beberapa kepingan kondom dan wang tunai yang dipercayai hasil daripada aktiviti tidak bermoral tersebut.

Suspek berserta semua bahan bukti dirampas dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Bui Thi Thom diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.