Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelan pembangunan China tumpu pada teknologi

    BEIJING, 27 OKT – Pemimpin China bertemu semalam untuk merumuskan satu rangka tindakan ekonomi untuk tempoh lima tahun akan datang yang dijangka menumpu pada pembangunan semikonduktor dan teknologi lain pada masa apabila Washington memutuskan akses kepada teknologi Amerika Syarikat (AS). Kerajaan Presiden Xi Jinping berusaha untuk mempromosi pertumbuhan mampan yang disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pembangunan teknologi apabila ketegangan dengan rakan perniagaan menghambat akses kepada pasaran eksport dan teknologi.

    Parti Komunis mahu industri China bergantung pada pembekal dan pengguna domestik, satu strategi yang digelarnya ‘dwi pengedaran.’ Ahli ekonomi mengingatkan sementara ia mungkin membantu mengurangkan gangguan perbalahan perniagaan dengan AS dan rakan lain, ia akan menambah kos dan menjejas produktiviti.

    Pelan Lima Tahun, yang ke-14 dalam beberapa siri yang dikeluarkan sejak 1950, merupakan asas pelan perindustrian kerajaan dalam ekonomi negara yang dikawal ketat. Garis panduannya dijangka diumumkan selepas mesyuarat berakhir pada Khamis tetapi tidak akan dikeluarkan sehingga Mac. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda