Pelan pemisahan Tebing Barat ditunda

BAITULMAQDIS, 30 JUN – Timbalan perdana menteri Israel berkata pemisahan Tebing Barat mesti ditangguhkan, sekutu dan kuasa serantau telah mengecam projek tersebut, namun beberapa jam sebelum kerajaannya boleh meneruskannya, pelan perdana menteri masih tidak diketahui hari ini.

Perdana menteri Benjamin Netanyahu telah menyokong pelan perdamaian yang membuka laluan kepada Israel untuk memisahkan wilayah di Tebing Barat, termasuk penempatan Yahudi yang dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

Kerajaan gabungan beliau telah menetapkan 1 Julai sebagai tarikh ia boleh memulakan tindakan berdasarkan cadangan Presiden Donald Trump, yang sebulat suara telah ditolak oleh Palestin sebagai memihak kepada Israel.

Semalam, ketua rakan gabungan Netanyahu, Benny Gantz berkata pemisahan mesti ditangguhkan sehingga krisis koronavirus berjaya dikawal.

Kuasa Eropah termasuk Britain, Perancis dan Jerman serta PBB menentang mana-mana pemisahan Tebing Barat sebagai satu pencabulan undang-undang antarabangsa yang akan menjejas penyelesaian konflik oleh kedua-dua negara. – AFP

Gembala Palestin menggiring haiwan ternakan bersebelahan penempatan Tebing Barat di Tomer di Lembah Jordan kelmarin. – AP