Pelan penempatan pelarian Rohingya ditunda lagi

DHAKA, 26 FEB – Bangladesh sekali lagi menunda satu pelan kontroversi untuk menempatkan semula kira-kira 100,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau di Teluk Bengal, kata seorang menteri hari ini.

Pihak berkuasa telah lama berusaha untuk menempatkan penduduk Rohingya ke Bhashan Char, meskipun amaran bahawa kawasan di sana terdedah kepada ribut monsun teruk.

Tindakan itu akan mengurangkan tekanan di kem sempadan yang penuh sesak yang menjadi tempat tinggal kepada sejumlah besar penduduk minoriti Islam, kebanyakan mereka melarikan diri ke Myanmar pada 2017 selepas tindakan keras tentera.

Namun kumpulan hak berkata beberapa pelarian telah dipaksa bersetuju untuk dipindahkan dan rancangan tersebut telah ditentang oleh komuniti Rohingya. Menteri pengurusan bencana Enamur Rahman berkata Bangladesh akan menambah tumpuannya pada rundinan diplomatik bertujuan mengembalikan pelarian ke tempat asal mereka.

“Pelan penempatan semula telah ditangguhkan,” beritahunya kepada AFP, menambah terdapatnya ‘kemajuan besar’ dalam perbincangan repatriasi bersama Myanmar dengan China bertindak sebagai perantara.

Bangladesh dan Myanmar telah pun menandatangani perjanjian repatriasi untuk menghantar pulang beberapa Rohingya ke tanah air mereka, tetapi kebimbangan keselamatan bermakna tidak ramai yang telah bersetuju untuk pulang. – AFP