Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Pelan perhebat inisiatif pemuliharaan HoB dilancar

KOTA KINABALU, 2 DIS – Kerajaan Sabah melancarkan Pelan Tindakan Strategik (2021-2023) bagi menangani cabaran dan memanfaatkan peluang untuk memperhebat usaha pemulihan dan pengurusan landskap Heart of Borneo (HoB).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah telah mengambil langkah signifikan dalam melaksanakan program dan projek yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Strategik Sabah Kedua.

Bagaimanapun, beliau berkata susulan perubahan pantas landskap ekonomi, sosial dan alam sekitar, satu pelan tindakan strategik yang baharu diperlukan untuk meneruskan pencapaian pelan sebelum ini.

“Pencapaian tersebut ditunjangi kekuatan Inisiatif HoB Sabah iaitu: komitmen negeri dan kerajaan Persekutuan terhadap inisiatif tersebut; kesinambungan dasar; keupayaan pihak berkepentingan utama untuk bekerjasama; dan kemampuan memanfaatkan jenama HoB untuk pembiayaan dan usaha sama baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan pada Simposium HoB Sabah bertemakan ‘Keperluan untuk Pendekatan Holistik dan Pragmatik dalam Usaha Pemuliharaan di sini hari ini.  

Hajiji berkata beberapa ciri baharu diperkenalkan dalam pelan strategik baharu itu untuk memperkasa Inisiatif HoB Sabah ke arah pemuliharaan.

“Kesedaran awam terhadap HoB dan usaha pemuliharaannya sentiasa menjadi keutamaan Sabah. Jerayawara, pendidikan alam sekitar dan program latihan bagi mempromosi Inisiatif HoB telah dijalankan untuk para guru dan komuniti tempatan, khususnya mereka yang tinggal di dalam atau berhampiran landskap HoB,” katanya.

HoB Sabah mewakili 60 peratus landskap HoB Malaysia dan memiliki satu daripada khazanah biodiversiti terkaya di dunia. – Bernama

Datuk Seri Hajiji Noor ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

51 Terbunuh dalam tragedi pengangkutan di Pakistan

BELLA, PAKISTAN, 29 JAN – Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dalam dua kemalangan pengangkutan berasingan di barat Pakistan hari ini apabila sebuah bas terjunam dari...
- Advertisment -