Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pelan pulihkan ekonomi Brunei diperjelaskan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Sejak negara melangkah ke Fasa Awal Endemik, beberapa pergerakan sudah dilonggarkan bagi membantu peniaga dalam negara.

    Jawatankuasa Pandu COVID-19 akan membincangkan langkah dan aktiviti yang dibenarkan atau aktiviti untuk dibenarkan supaya orang ramai kembali semula seperti biasa.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa memberi respons kepada persoalan mengenai pelan pemulihan bagi membangun semula ekonomi.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan bahawa walaupun pada tahun lalu, KDNK sektor bukan minyak dan gas ada kemajuan dan peningkatan sebanyak 1 peratus.

    “Ini kalau boleh diteruskan lagi tapi masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di negara ini adalah isu mengenai kekurangan pekerja,” jelasnya.

    Menurut beliau, perkara ini terus diatasi oleh beberapa kementerian dan dirunding dalam Jawatankuasa Pandu COVID-19 supaya menambah baik proses untuk pekerja dalam negara dan luar negara. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, jelasnya, lebih 3,000 kekosongan di JobCentre dan peluang untuk orang tempatan adalah banyak.

    “Memang keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan dulu dan jika anak tempatan tidak mengambil peluang ini, ianya terpaksa dibuka kepada pekerja asing supaya perniagaan itu boleh diteruskan,” tambahnya.

    Katanya lagi, “jika perniagaan itu tidak dapat beroperasi, ditakuti ianya akan ditutup dan menyukarkan untuk dibuka semula di masa akan datang.

    “Dengan kerjasama dari beberapa kementerian dan proses telah lancar dilaksanakan dan mudah-mudahan tidak akan ada lagi isu pekerjaan ini,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...