Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelan tindakan pembangunan dilancarkan

    LABUAN, 18 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 iaitu pelan pembangunan hala tuju ekonomi pulau bebas cukai Labuan.

    Pelan pembangunan yang direka khas untuk mentransformasikan landskap ekonomi secara total Labuan itu menggariskan kepada tiga fokus utama iaitu pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal.

    Najib berkata pelan pembangunan yang menggariskan pelbagai projek pembangunan meliputi pembangunan persisiran pantai sehinggalah pembangunan fizikal kawasan bandar itu akan melihat kepada perubahan ekonomi Labuan.

    “Usaha untuk mempelbagaikan sumber ekonomi pulau ini perlulah direncanakan, kalau tidak, Labuan tidak mungkin dapat mara ke hadapan setanding dengan tempat-tempat lain.

    “Kita berhutang kepada warga Labuan ini, kerana antaranya, Labuan merupakan kubu kuat kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya pada pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 itu yang dihadiri lebih 15 ribu warga Labuan.

    Perdana Menteri Malaysia ketika melihat replika Jambatan Labuan yang menghubungkan Pulau Labuan ke Tanah Besar Sabah semasa menghadiri majlis pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 di Dataran Labuan hari ini. – Bernama

    Katanya antara projek berimpak tinggi yang dimasukkan dalam rangka tindakan pembangunan itu adalah cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah melalui Menumbok.

    “Walaupun ada orang kata, kalau kita lihat dari segi kos pembinaannya mungkin tidak begitu berdaya maju, tetapi kerajaan tidak melihat kepada kadar pulangan sahaja, tetapi kita mahu melihat pembangunan secara keseluruhannya, kerana kita tidak boleh menganggarkan jumlah sesuatu,” katanya.

    Najib berkata sekiranya jambatan ini menjadi pemangkin kepada perubahan pembangunan ekonomi Labuan, kerajaan persekutuan tidak melihat halangan untuk meluluskan pembinaannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda