Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelan tindakan udara bersih bakal dimuktamadkan

    KUCHING, 4 NOV – Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan 2025-2040 (NCAAP) yang bertujuan menangani cabaran berkaitan kualiti udara di negara ini, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

    Beliau berkata NCAAP yang dibangunkan daripada Pelan Tindakan Udara Bersih 2010 direka untuk meningkatkan kualiti udara ambien Malaysia dan berfungsi sebagai dokumen panduan untuk memacu usaha bersepadu dan menyeluruh ke arah mencapai kualiti udara yang lebih baik.

    “NCAAP 2025-2040 melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, sektor swasta, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan lain-lain,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Aerosol Asia (AAC) ke-13 di sini, hari ini.

    Beliau berkata kawasan bandar berkembang pesat akibat pertumbuhan ekonomi, peningkatan populasi dan penghijrahan dari kawasan luar bandar ke bandar mengakibatkan kepekatan aerosol yang tinggi. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda