Pelancaran model baharu secara maya 8 Mei ini

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – QAF Auto akan mencatatkan tanda aras baharu apabila bakal melancarkan BMW 2 Series Gran Coupe secara alam maya menerusi laman Facebook dan saluran YouTube pada 8 Mei ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dipetik berkata bahawa mereka ingin menyampaikan berita terkini mengenai BMW dalam pasaran kepada semua pelanggan dan peminat BMW walaupun dalam krisis penularan wabak dengan pendekatan yang lebih mudah dan kreatif.

“BMW 2 Series Gran Coupe pertama adalah model yang paling dinanti-nantikan tahun ini dan kami ingin memberikan akses kepada semua orang bagi pelancaran kereta ini hampir di kesemua platform laman media sosial khususnya Facebook dan YouTube,” jelas Pengurus Pemasaran, Dayang Siti Salwa binti Haji Mustapa.

Alisa menambah bahawa pelancaran berkenaan akan menjadi pelancaran kereta yang unik dan satu-satunya dalam pasaran serta teruja untuk berkongsi pengalaman dengan semua orang tatkala mereka berada di rumah.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pelancaran maya berkenaan boleh melayari laman Facebook dan YouTube BMW Brunei.

Kereta BMW 2 Series Gran Coupe yang akan dilancarkan secara alam maya pada 8 Mei ini. – Gambar serahan BMW Brunei