Pelancaran SUV Glory 560 secara dalam talian

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – TCY Motors Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasmi yang baru dilantik bagi DFSK atau Dongfeng-Sokon akan melancarkan jenama kereta China berkenaan dan produk pertamanya, SUV Glory 560 tujuh tempat duduk secara dalam talian, esok.

Berikutan norma baharu bagi jenama-jenama automotif utama, pelancaran dalam talian itu akan dibuat menerusi YouTube dan laman Facebook.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TCY Motors, semasa pelancaran itu, penonton akan berpeluang memenangi telefon pintar Vivo dalam cabutan bertuah yang diadakan bagi meraikan pelancaran tersebut.

Sementara itu, orang ramai akan dapat melihat lebih dekat kereta-kereta berkenaan di bilik pameran di Kiarong pada minggu ini.