Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Pelancong AS maut ditembak

BELIZE, 2 JAN – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara Amerika Tengah, Belize kelmarin telah mengesahkan kematian seorang warga AS di sana dan menyatakan sedang memantau siasatan tempatan dengan teliti.

Pesuruhjaya Polis Belize, Chester Williams pada Sabtu memberitahu media tempatan, 7 News Belize, bahawa dua orang lelaki telah ditahan dan dituduh atas pembunuhan tersebut yang berlaku pada malam Jumaat di salah sebuah pulau pelancongan, Ambergris Caye di San Pedro.

Kedutaan AS, selaras dengan dasar undang-undang negara, tidak mengeluarkan kenyataan mengenai mangsa. Bagaimanapun, pihak media dari New Orleans, nola.com telah mengenal pasti mangsa sebagai J’Bria Bowens, seorang penuntut jururawat dari Universiti Louisiana State.

“Pelancong berkenaan bukanlah sasaran sebenar tembakan tersebut tetapi mangsa kebetulan berada di antara kedua-dua pihak,” William menyatakan kepada 7 News Belize.

Dia juga berkata penembak menggunakan senapang raifal dan sasarannya ialah ketua geng tempatan. – AP

Penembak dikatakan menggunakan senapang untuk membunuh ketua gang tempatan, namun terkena mangsa yang kebetulan berada di tempat kejadian. – Agensi

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -