Pelancong asing tidak dibenarkan ke Bali sehingga akhir tahun

Seorang pegawai imigresen diuji bagi COVID-19 semasa ujian saringan besar-besaran di ibu pejabat imigresen di Jakarta, Indonesia, 24 Ogos. Dengan peningkatan kes koronavirus di negara itu, pulau peranginannya, Bali turut membatalkan kemasukan pelancongan asing yang sepatutnya bermula pada September ini, sehingga akhir tahun kelak. – AP

JAKARTA, 24 OGOS – Pelancong asing tidak akan dibenarkan melawat Bali sehingga akhir tahun ini atas kebimbangan koronavirus, kata gabenornya, membatalkan rancangan untuk membuka pulau Indonesia itu pada bulan depan.

(Klik di sini untuk berita lanjut)