Pelancong berenang bersama penguin di Antartika

HALF MOON ISLAND – “Ia seperti ditikam,” kata seorang pelancong, ketika dia terjun ke dalam sungai tiga darjah Celsius (-37 Fahrenheit) air, sambil dipandang oleh sekumpulan penguin.

Di sekitar Pulau Half Moon, di luar Semenanjung Antartika, blok-blok ais terapung di laut yang tenang, bentuknya yang beragam menyerupai seperti bentuk origami. Untuk mencapai destinasi Antartika, penduduk Noway berusia 58 tahun, Even Carlsen, mengembara sejauh 14,000 kilometer dan menghabiskan ribuan euro.

Lazimnya, itu situasi yang biasa bagi haiwan berkaki dua yang memekak di kawasan landskap yang berais. Penguin kelihatan seperti janggal di tanah namun ia akan lebih tangkas di dalam air, manakala ikan paus menghasilkan gelombang, singa dan anjing laut berpanas di bawah matahari.

Antartika, tanah pengembaraan tanpa penguasa, dianggap seperti ‘The Heart of The Earth’ menurut Marcelo Leppe, pengarah institut Antartika Chile. Dia berkata bahawa ia mengembang dan mengecil seperti degupan jantung, seperti sistem peredaran darah yang menyerap arus panas dari lautan lain dan mengagihkan semula air sejuk, begitulah perumpamaan air lautan di kawasan Antartika.

Tetapi tanah lama ini membentang ke arah Amerika Selatan dan memanas dengan begitu cepat. Glasiernya mencair dan ekosistemnya telah dikuasai oleh mikroplastik yang dibawa oleh arus laut.

Menyimpan memori indah

Pelancong juga berkumpul di kawasan itu dengan jumlah yang lebih besar. Musim ini hampir 80,000 pengunjung dijangka akan tiba, peningkatan 40 peratus berbanding tahun lepas. Pengendali pelancongan Antartika menegaskan bahawa mereka mempromosikan pelancongan yang bertanggungjawab. ‘Jangan ambil apa-apa kecuali gambar, jangan tinggalkan apa-apa kecuali jejak kaki, jangan menyimpan apa-apa tetapi kenangan,’ adalah moto mereka.

Ia merupakan satu kelemahan yang menarik buat Antartika, di mana pelancong berharap akan dapat melihat sekilas apa yang mungkin hilang pada satu hari nanti. Akan tetapi pengkritik telah mempersoalkan pelancongan itu, apatah lagi pelepasan udara dari penerbangan, kapal pelayaran merupakan sebahagian daripada apa yang meletakkan wilayah tersebut di bawah ancaman.

Di Half Moon Island, penguin Chinstrap – dinamakan disebabkan jalur hitam di dagunya – memenuhi kawasan itu bagi musim pembiakan musim bunga, menaikkan paruhnya dan terjerit-jerit di kawasan sarangnya. – AFP

Antartika dianggap seperti ‘The Heart of The Earth’. – AFP