Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Pelancong Brunei ke M’sia meningkat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Kedatangan pelancong Negara Brunei Darussalam ke Malaysia naik satu tangga sekali gus menempatkan negara di tangga kelima di dalam statistik yang dicatat dalam data tahun lepas.

Menurut Pengarah Tourism Malaysia (TM) Brunei, Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib ketika ditemu bual menjelaskan, jumlah kedatangan pelancong Brunei dalam statistik sepanjang tahun 2016 itu adalah sebanyak 1.4 juta orang.

Haji Ibrahim Seddiqi berkata, antara punca kenaikan itu ialah mata wang Malaysia yang lemah memberi kelebihan kepada kuasa beli pelancong luar untuk datang dan membeli-belah.

Catatan perbelanjaan menunjukkan RM3.7 bilion pembelian telah dicatatkan dari pelancong Brunei yang mana kebanyakan mereka membeli-belah di Miri.

TM Brunei juga akan bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan untuk menyediakan pakej pelancongan bagi pelancong dari negara ini.

Haji Ibrahim Seddiqi semasa ditemu bual.
Haji Ibrahim Seddiqi semasa ditemu bual.

Selain itu, kerjasama bersama pesawat rasmi negara Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) yang mana tahun ini Kuala Lumpur akan menghoskan Sukan SEA, sekali gus menyediakan pakej terbaik bagi pelancong tempatan.

“Negara Brunei Darussalam sejak beberapa tahun lalu menjadi pasaran utama dan akan sentiasa menjaga pasaran tersebut.

“TM Brunei akan meneruskan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi meningkatkan kedatangan pelancong tempatan ke Malaysia melalui karnival-karnival yang diadakan di Malaysia setiap tahun.”

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -