OSLO, 8 OGOS – Seorang wanita Perancis cedera hari ini ketika beruang kutub memasuki khemahnya di kepulauan Svalbard di Artik Norway tetapi kecederaannya tidak mengancam nyawa, kata pihak berkuasa.
Wanita itu, yang identitinya tidak didedahkan, adalah sebahagian daripada ekspedisi 25 orang yang berkhemah di luar kawasan wilayah yang dua kali ganda saiz Belgium, sekitar 1,000 kilometer dari Kutub Utara.
“Seekor beruang memasuki kawasan perkhemahan sekitar 8:30 pagi dan mencederakan seorang wanita Perancis di lengan,” ketua polis tempatan, Stein Olav Bredli, memberitahu AFP.
“Nyawanya tidak dalam bahaya dan dirawat di sebuah hospital,” katanya. – AFP