DENPASAR, 6 FEB –Beribu-ribu pelancong China yang terkandas di Bali selepas Indonesia menggantung penerbangan selepas kebimbangan koronavirus, akan ditawarkan penerbangan cartar pulang, kata konsulat China di pulau peranginan itu hari ini.
Satu notis diplomatik mengatakan Beijing sedang mengatur penerbangan esok bagi para pelancong itu kembali ke Wuhan—pusat wabak maut yang kini membunuh lebih 500 orang dan merebak ke seluruh dunia.
Kebanyakan pelancong yang terkandas adalah dari bandar tersebut di sekitar wilayah Hubei, menurut konsulat, namun ia menambah kepulangan mereka adalah secara sukarela.
“Suhu badan penumpang akan diukur sebelum menaiki pesawat,” menurut notis itu. “Mereka yang ada simptom koronavirus tidak akan dibenarkan menaiki pesawat,” tambahnya.
Tidak jelas bagaimana berapa ramai pelancong akan menerima tawaran itu atau siapa yang akan membayar tiket mereka. –AFP




























