Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong jauhi wilayah Darjeeling

    KOLKATA, 13 Jun – Beribu-ribu pelancong melarikan diri dari sebuah resort bukit Darjeeling, India kelmarin selepas aktivis tempatan menuntut pembentukan sebuah negara baru sambil memberi amaran mogok umum boleh mencetuskan keganasan.

    Beratus-ratus tentera dan polis antirusuhan meronda jalan-jalan di resort pengeluar teh yang terkenal di timur India itu ketika pelancong yang panik mula gulung tikar.

    Rusuhan dan serangan minggu lalu menyebabkan 12 orang cedera dan kumpulan Gorkha Janmukti Morcha (GJM) memberi amaran pada hujung minggu bahawa peristiwa ‘tidak diingini’ boleh berlaku apabila mogok umum bermula.

    Bukit-bukit di wilayah itu terkenal dengan teh Darjeeling dikawal ketat pengeluarannya. Ia juga terkenal dengan ‘kereta api mainan’ dengan landasan 78 kilometer mendaki bukit dari New Jalpaiguri. Tetapi masalah terbaru ini memberi tamparan hebat kepada industri pelancongan yang penting.

    Pradip Lama, setiausaha Ejen Persatuan Pelancong Darjeeling memberitahu bahawa pelawat yang bimbang telah pergi dan hampir 70 peratus daripada tempahan telah dibatalkan.

    GJM menuntut sebuah negara baru bernama Gorkhaland di rantau yang menjadi sebahagian Bengal Barat. Keputusan kerajaan memperkenalkan bahasa Bengali di sekolah mencetuskan kemarahan orang asal Gorkha yang umumnya bercakap Nepal.

    Seorang pelancong lain berkata kenderaan kumpulan mereka telah dikerumuni oleh penunjuk perasaan yang menjerit-jerit menuntut untuk mengetahui identiti mereka.

    Bimal Gurung, ketua GJM, memberitahu amarannya kepada pelancong bahawa ‘keselamatan di tangan mereka sendiri’ kerana keadaan bertambah buruk jika kumpulan beliau melancarkan kempen besar-besaran untuk menuntut negara berasingan.

    Majistret Daerah Darjeeling Joyoshi Dasgupta berkata sekurang-kurangnya belasan aktivis GJM telah ditahan kerana didakwa menghasut keganasan tetapi GJM menafikan anggotanya terlibat dalam keganasan.

    Gorkha telah berkempen selama beberapa dekad untuk negara yang baru. Mereka berkata orang luar berbahasa Bengali telah mengeksploitasi sumber-sumber sambil memaksa budaya dan bahasa ke atas masyarakat setempat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda