MARSEILLE, 5 Mei – Seorang pelancong Jerman mati lemas setelah dihanyutkan ketika dia berjalan di sepanjang pantai di selatan Corsica hari ini ketika ombak tinggi membadai pulau French Mediterranean itu, kata pegawai.
“Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 60an telah dihanyutkan ombak ketika dia sedang berjalan-jalan di pantai Porto,” kata perkhidmatan kecemasan.
Insiden itu berlaku ketika tenggara Perancis dibadai angin kencang tidak bermusim yang berkelajuan kira-kira 138kmsj, kata khidmat kaji cuaca Meteo France.
Di tenggara rantau Alpes-de-Haute-Provence, angin kencang mengakibatkan hampir 2,000 rumah terputus bekalan elektrik dengan peramal kaji cuaca berkata angin kencang akan berterusan sepanjang hari. – AFP