Friday, December 2, 2022
30.4 C
Brunei

-

Pelancong kecewa ‘jalan kereta api’ Hanoi ditutup

HANOI, 16 SEPT – Pelancong-pelancong dan pemilik kafe di sepanjang ‘jalan kereta api’ di Hanoi meluahkan kekecewaan mereka hari ini apabila tempat tumpuan itu ditutup disebabkan kebimbangan keselamatan, hanya beberapa minggu dibuka semula berikutan lama ditutup akibat COVID-19.

Koridor sempit di ibu kota Vietnam itu menarik ramai pengunjung sebelum pandemik, teruja merakamkan swafoto atau melihat kereta api melintasi salah sebuah kedai makan popular hanya beberapa meter dari landasan.

Kebimbangan keselamatan telah mencetuskan penutupan jalan itu pada 2019 namun banyak perniagaan-perniagaan dibuka secara senyap-senyap dalam beberapa minggu kebelakangan, ingin mengambil manfaat daripada pemulihan pelancongan selepas Vietnam dibuka semula kepada pengunjung awal tahun ini.

Nguyen Thi Thu mula melihat kafenya pulih.

“Pelancong-pelancong datang semula dan kami memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk hidup,” katanya kepada AFP.

Dibangunkan oleh pemerintah kolonial, kereta api itu dahulunya me-ngangkut barangan dan penumpang di seluruh Indochina Perancis dan masih digunakan oleh syarikat kereta api kerajaan Vietnam.

Kawasan landasan di ‘jalan kereta api’, suatu ketika dihuni oleh penagih dadah dan setinggan, menjalani perubahan selepas pengguna-pengguna media mula berkongsi gambar-gambar dan penduduk setempat menyedari potensi perniagaan.

Hari ini, kawasan berkenaan dihalang oleh polis, bagaimanapun sebahagian landasan berdekatan masih dibuka.

Seorang pegawai setempat memberitahu media kerajaan bahawa perniagaan-perniagaan di sepanjang jalan itu mencabuli peraturan keselamatan landasan kereta api. – AFP

Seorang penduduk berjalan di jalan kereta api yang popular di Hanoi kelmarin, susulan pengumuman penutupannya disebabkan kebimbangan keselamatan. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -