Pelancong kembali semula ke Ha Long Bay

HA LONG, VIETNAM, 17 MEI – Penduduk Vietnam membanjiri tempat pelancongan dan pantai semalam, merebut peluang untuk berkunjung tatkala kerajaan melonggarkan sekatan ke atas pergerakan domestik bertujuan memulihkan sektor pelancongan yang terjejas akibat koronavirus.

Beratus-ratus orang menunggu untuk menaiki bot pelancong untuk melawat tempat terkenal yang disenarai sebagai tapak warisan UNESCO, Ha Long Bay. Kebanyakan mereka menanggalkan penutup mulut dan hidung semasa mereka menaiki bot untuk mengambil gambar swafoto.

“Ini adalah kali pertama saya ke Ha Long selepas COVID-19. Saya datang disebabkan terdapat banyak pemandangan cantik dan pandemik COVID-19 sudah berakhir, maka saya rasa selamat,” kata Duong Quang Hieu, 21, dari wilayah utara Tuyen Quang. – AFP