Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong Korea nikmati produk Bruneihalalfoods

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Sekumpulan kira-kira 150 pelancong dari Korea Selatan yang berada di negara ini diberikan peluang untuk merasa barisan produk dari bruneihalalfoods yang dipamerkan di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong di sini, petang ini.

    Pameran itu dianjurkan oleh Ghanim International Corporation Sdn Bhd, sebuah cabang perdagangan dan pemasaran jenama bruneihalalfoods dengan kerjasama Sinar Tour Sdn. Bhd.

    Para pelancong diperkenalkan kepada barisan makanan yang terdiri daripada produk daging Peri Peri Chicken Wings, Tikka Marinated Chicken Thighs, Southern Fried Chicken Goujons, Cocount & Lime Chicken Goujons, Lamb Kofta Sausages, Chili Nacho Chicken Goujons dan lain-lain

    Sinar Tour kini menjual jenama Bruneihalalfoods di Arked Empire Hotel yang menampilkan produk makanan dari Ghanim International bersama-sama barangan cenderamata dari negara ini.

    Acara tersebut turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah berupa hamper makanan daripada jenama bruneihalalfoods serta tiket penerbangan ke Korea.

    Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew menyampaikan replika tiket penerbangan kepada salah seorang pelancong yang memenangi cabutan bertuah.
    Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew menyampaikan replika tiket penerbangan kepada salah seorang pelancong yang memenangi cabutan bertuah.
    Salah seorang pelancong bertuah menerima hadiah hamper bruneihalalfoods.
    Salah seorang pelancong bertuah menerima hadiah hamper bruneihalalfoods.

    Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang juga pengerusi Lembaga Pengarah Ghanim International Corporation dalam ucapannya berkata, pameran tersebut boleh menjadi platform untuk kita mendapatkan maklum balas mengenai penerimaan produk dan berharap ia akan mempercepatkan kemasukan bruneihalalfoods ke pasaran Korea Selatan.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim International Corporation, Dr Nur Rahman pula berkata, pihaknya gembira untuk menjadi tuan rumah acara ini bagi tetamu yang menginap di Hotel Empire terutamanya pelancong dari Korea yang semakin meningkat dalam jumlah penerbangan sewa khas setiap minggu.

    “Tatkala bruneihalalfoods bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke pasaran Korea, acara hari ini dilihat sebagai satu peluang untuk membolehkan pelancong menikmati dan merasai sendiri pelbagai jenis produk bruneihalalfoods terutama beberapa produk ayam, Blue Shrimp Crackers dan minuman sirap.

    “Kami juga teruja untuk mempunyai pelbagai produk kami yang boleh dibeli di hotel ini sambil kami terus mencari jalan untuk meningkatkan akses kepada produk bruneihalalfoods tidak hanya untuk penduduk tempatan tetapi juga untuk pelancong yang melawat Brunei,” ujarnya.

    Jenama bruneihalalfoods mempunyai lebih 30 produk berada di pasaran Brunei. Pelbagai barisan ayam beku yang dilapisi tepung roti yang dihasilkan di kilang makanan Ghanim sendiri di UK telah dikeluarkan dan dijual di pasar raya utama dan peruncit di seluruh Brunei sejak awal 2016.

    Produk bruneihalalfoods juga boleh didapati di bilik pameran jualan mereka di ibu pejabat yang terletak di Kompleks Mata-Mata.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda