Pelancong ‘terdesak’ terkandas di India

NEW DELHI, 3 APRIL – Beberapa pelancong yang sebelum ini bercuti di India berdepan dengan kesukaran untuk kembali ke negara masing-masing selepas terkandas berikutan dengan perintah berkurung yang dikenakan negara itu dengan keadaan mereka yang kini kekurangan wang tunai dan memohon pihak kedutaan agar dapat membantu mereka pulang.

Pelancong Britain, Emma Snashford berkata, dia dan rakannya telah dihalau keluar dari tempat penginapan mereka dan ketika dia meminta bantuan daripada pegawai di London, dia diberitahu agar terus menunggu. Mereka melawat Jodhpur, sebuah bandar yang terkenal dengan istana diraja, kubu dan kuil, tetapi dihalau keluar dari penginapan mereka tidak lama sebelum India mengumumkan perintah berkurung pada 24 Mac. Mereka berjaya mencari tempat penginapan di New Delhi yang membuka pintu kepada 25 pelancong warga asing.

“Kami sangat terdesak untuk seketika,” kata Lambert Desrosiers Gaudette, seorang pelancong Kanada, yang kini cuba untuk mendapatkan penerbangan segera ke Perancis.

“Kami telah membuat laporan kepada kedutaan (British) dan kami diberitahu untuk terus menunggu, “kata Snashford.

Seorang lagi pelancong Australia, Matthew Chinery telah merancang untuk bercuti panjang, termasuk mengunjungi Kashmir dan mempelajari teknik jahitan untuk perniagaannya. Tetapi percutiannya itu berubah menjadi mimpi buruk selepas perintah berkurung bermula. – AFP

Pelancong asing memotong sayur untuk hidangan makan tengah hari di sebuah asrama di New Delhi, India, pada 2 April 2020. Beribu-ribu pelancong dari Britain, Kanada dan Australia kini terkandas di ibu negara India selepas bercuti. – AP