Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pelancongan astronomi mampu dibangunkan

    SANDAKAN, 31 MEI – Pantai timur Sabah berpotensi dibangunkan dengan pelancongan astronomi di Sabah, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. 

    “Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah mengenal pasti lokasi terbaik untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melihat bintang dan langit di kawasan ini yang mana kita mendapati pencemaran cahaya adalah amat kurang.

    “Kita melihat bintang dan langit pada waktu malam adalah satu daripada posisi penting dan berpotensi kepada astro pelancongan, yang mana dengan bantuan dan penglibatan KSTI dan MOSTI, kita boleh jayakan dengan pembiayaan Yayasan Inovasi Malaysia dan Sandbox Teknologi Dan Inovasi Nasional,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah di sini, hari ini.

    Datuk Seri Adham berkata bahawa sebuah taman astro juga termasuk dalam perancangan mewujudkannya di Sandakan, yang berpotensi menarik masyarakat astronomi di peringkat nasional dan antarabangsa ke Sabah.

    Beliau turut mengumumkan MOSTI dengan kerjasama KSTI akan membangunkan sebuah Pusat Sains Negara di Kota Kinabalu yang akan membantu dalam mempertingkatkan prestasi sains, teknologi dan inovasi di Sabah.

    Datuk Seri Adham turut melancarkan satu program khusus bagi melibatkan penyertaan golongan orang berkelainan upaya (OKU) dalam bidang astronomi dikenali sebagai Space Insight Planetarium Golden Heart, yang memberi peluang golongan berkenaan, khususnya OKU penglihatan menggunakan teknologi buku Braille meneroka bidang tersebut.

    Program tiga hari yang akan berakhir awal Jun ini diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dengan pelbagai demonstrasi dan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga. – Bernama

    Datuk Seri Adham Baba (empat, kanan) semasa memerhati ruang angkasa menggunakan teleskop sebagai simbolik perasmian program Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...