Pelanggan bawa pulang Go Hero 5

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Cataleya Trading Company selaku pengedar minuman jenama Pokka di negara ini, baru-baru ini mengadakan cabutan bertuah Bonanza POKKA kedua untuk 10 peserta bertuah yang disenarai pendekkan yang diadakan di Pusat Membeli-belah Freshco, Batu Satu, di sini.

Dalam cabutan bertuah tersebut, Hajah Saleha binti Pengarah Haji Basi terpilih sebagai pemenang utama, di mana beliau membawa pulang kamera Go Hero 5 yang disampaikan oleh Pengurus Pentadbiran Cataleya Trading Company, Apple Lu.

Sementara itu, sembilan pemenang yang lainnya membawa pulang hadiah sagu hati sumbangan syarikat penganjur.

Menurut Apple Lu, untuk menyertai cabutan bertuah tersebut, orang ramai hanya perlu membeli minuman Pokka botol sama ada 0.5 liter atau 1.5 liter, di mana perlunya membuka label pada botol tersebut dan memasukkannya bersama borang penyertaan yang telah diisi ke dalam kotak yang disediakan.

Apple Lu menyampaikan hadiah kepada Hajah Saleha.
Apple Lu menyampaikan hadiah kepada Hajah Saleha.
Sepuluh pemenang bertuah pada cabutan bertuah Bonanza POKKA Kedua.
Sepuluh pemenang bertuah pada cabutan bertuah Bonanza POKKA Kedua.

Pada cabutan sebelum ini, Dayang Syazwani binti Johari muncul sebagai pemenang utama di mana beliau berjaya membawa pulang kamera Go Hero 5.

Dua lagi cabutan mingguan akan diadakan pada 7 dan 14 Januari sebelum cabutan utama diadakan pada Pesta Pengguna ke-19 pada 21 Januari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Cabutan bertuah ini menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti iMac 27 inci dengan paparan retina 5k, iPhone 7 Plus 128GB, Apple Watch A1802 Series 1 dan Samsung Uhd Smart TV 43 inci dengan pendakap dinding.