Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan bertuah CBTL terima hadiah

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Enam pemenang yang terpilih dalam pertandingan Instagram anjuran The Coffee Bean and Tea Leaf (CBTL) pada bulan Julai ini telah menerima hadiah mereka hari ini di CBTL, Gadong.

    Para pemenang tersebut ialah Dayang Fatin Nur Syahirah binti Julaihi, Awang Amirul Adli, Awang Mohamad Syazwan bin Haji Abu Bakar, Dayang Natirah Azis, Awang Muhammad Fazil bin Haji Ismail dan Dyangku Nor Fauziah binti Pengiran Zainal Abidin.

    Pertandingan yang unik itu memerlukan para peserta memuat naik gambar mereka atau kenalan mereka yang mempunyai wajah seiras dengan pemain-pemain bola sepak dunia.

    Zu Mardini (tengah belakang) bergambar ramai bersama para pemenang dengan ahli keluarga mereka.

    Setiap pemenang yang terpilih membawa pulang hadiah berupa dua pasang baju-T bola sepak CBTL edisi terhad dan dua minuman percuma dari CBTL pilihan masing-masing.

    “Ini adalah pertandingan yang buat pertama kalinya diadakan. Kami melancarkan pertandingan serupa FIFA ini bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2018 kerana kami ingin turut sama-sama merasai kemeriahannya. Saya percaya pertandingan ini diterima dengan baik oleh Instagram dan siapa tahu terdapat banyak kembar pemain bola sepak popular di negara kita ini,” jelas pengerusi pertandingan, Zu Mardini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda