Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Pelanggan bertuah dirai

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Tuah berpihak kepada Dayang Siti Zaleena binti Ya’akob apabila namanya dipilih sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah Drive Now & Pay Next Year berupa wang tunai $5,000.

Hadiah kedua berupa wang tunai $3,000 telah dimenangi oleh Awang Mohammad Ariffin bin Awang Salleh dan hadiah ketiga bernilai $1,000 pula menjadi milik Awang Mohammad Fithridza bin Awang Ramlee.

Selain itu, seramai 20 pelanggan bertuah pulang dengan hadiah sagu hati bernilai $300 setiap seorang.

Majlis cabutan tersebut yang diadakan oleh GHK Motors Sdn Bhd, di Bilik Pameran Ibu Pejabat GHK Motors, Beribi, hari ini, merupakan bagi promosi GHK yang bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2022.

Cabutan nama pemenang telah dibuat oleh pihak pengurusan kanan GHK Motors dan tetamu jemputan dari bank tempatan.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi, Perodua, Daihatsu, MG, Maxus, Chevrolet, Chrysler, Jeep, Alfa Romeo dan Changan layak mendapat satu tiket cabutan bertuah sepanjang tempoh promosi berkenaan.

Ia diadakan sebagai ganjaran kepada pelanggan kerana menyokong francais kereta di bawah GHK dan juga sebagai sebahagian daripada promosi hujung tahun 2022.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah GHK Motors, Jake Goh; Pengerusi GHK Motors, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin; dan Pengurus Besar Jualan Mitsubishi, Au Thien Kiong.

Antara tetamu jemputan ialah Ketua Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin Haji Metusin; Ketua Kawalan Kredit Baiduri Finance Bhd, Grace Lim Hui Hoon; Pegawai Pemasaran Baiduri Finance Berhad, Wardi; Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Asharul bin Norshari Kamaluddin; Timbalan Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Mohd Azizulillah bin Haji Uthman, dan Eksekutif Jualan dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Awang Shahrin bin Haji Mohd Yassin.

Gambar ramai tetamu jemputan bersama pemenang pada majlis cabutan yang diadakan di Bilik Pameran Ibu Pejabat GHK Motors, Beribi, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -