Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pelanggan bertuah terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Seramai 10 orang pelanggan bertuah yang membeli tiket semasa Pesta Pelancongan Sabre Brunei ke-17, pada hujung bulan lau, telah membawa pulang pelbagai hadiah lumayan semasa sesi cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Garden Veranda, Rimba, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah para wakil dari Sabre Travel Network, Bank Baiduri Berhad, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Singapore Airlines (SIA), yang merupakan penaja hadiah.

    Majlis menyaksikan Awang Zakaria bin Pehin Haji Musa memenangi tiket penerbangan dari Miri ke Langkawi, Malaysia dan Awang Muhammad Haziq Syafiiq bin Haji Kamsani menerima tiket penerbangan dari Miri ke Bangkok, Thailand tajaan Malaysia Airlines.

    Hadiah-hadiah berkenaan disampaikan oleh Pemangku Pengarah, Tourism Malaysia, Hajah Latifah binti Dato Haji Ismail.

    Manakala itu, Katie Lim Shin Ru memenangi tiket penerbangan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu bersama bagasi American Tourister, Awang Mohammad Azmi bin Azizul memenangi tiket penerbangan ke Melbourne, Australia, dan Hajah Apsah binti Haji Kamaludin memenangi 50,000 Royal Skies Point.

    Para pemenang cabutan bertuah Pesta Pelancongan Sabre Brunei ke-17 bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    Hadiah-hadiah tajaan RB dan Bank Baiduri itu disampaikan oleh Royal Skies Controller RB, Dayang Aisah bin Haji Mirasan, dan Naib Presiden Kanan Passanger, Cargo and Charter Sales, RB, Christina Chua.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah-hadiah tajaan Sabre Travel Network, dengan Chong Ngiet Kui memenangi TV Android TCL 43’, Dayang Norasmah binti Hali Ali memenangi Matrix air purifier, manakala itu, Dayang Rabiatul Adawiyah binti Haji Wahid dan Go Lai Fong masing-masing memenangi Midea pressure cooker.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah Pemangku Pengurus Besar Sabre Travel Network, Awang Abdul Halim bin Haji Abd Rahman.

    Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah tajaan SIA berupa tiket penerbangan ke Perth, Australia yang dimenangi oleh Yulia Christine, dan disampaikan oleh Pengurus Besar SIA, Keith Ting.

    Awang Abdul Halim dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi yang sama-sama menjayakan pesta pelancongan selama dua hari itu.

    Menurut beliau, pesta berkenaan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di mana lebih 8,000 orang pelanggan telah menghadirinya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...