Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan BIBD terima ganjaran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Bank Islam Brunei Darussalam, (BIBD) hari ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bulanan ketiga bagi kempen Barakah Rewards 7 pusingan kedua yang berlangsung ibu pejabat bank berkenaan di ibu negara.

    Pada masa yang sama, BIBD juga menyampaikan hadiah kepada pemenang bulanan terakhir bagi kempen Swipe for Rewards iaitu dua pakej pelancongan kepada dua pemenang dengan setiap satu merangkumi dua tiket penerbangan pergi balik ke Kuala Lumpur berserta penginapan tiga hari dua malam, baucar membeli-belah bernilai RM1,000 di Mitsui Outlet Park, KLIA, Sepang, di samping 50,000 mata ganjaran.

    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Promosi Kesetiaan dan Pedagang, Pengiran Yussof bin Pengiran Haji Sabtu dari Kumpulan Perbankan Runcit BIBD.

    Gambar ramai bersama para pemenang kempen Barakah Rewards 7 ketika majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bulanan ketiga bagi kempen Barakah Rewards 7 pusingan kedua di ibu pejabat bank berkenaan di ibu negara.
    Gambar ramai bersama para pemenang kempen Barakah Rewards 7 ketika majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bulanan ketiga bagi kempen Barakah Rewards 7 pusingan kedua di ibu pejabat bank berkenaan di ibu negara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, pusingan kedua Barakah Rewards 7 telah berakhir pada 28 Februari lalu di mana pemenang-pemenang bulanan dipilih untuk menyertai aktiviti bagi memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Mercedes Benz E 200 AMG 2017 di samping hadiah-hadiah lumayan lain seperti iPhone 7, iPad Pro atau iPhone SE.

    Pada masa yang sama, kempen Swipe for Rewards juga sampai ke penghujungnya dengan pengumuman pemenang terakhir ke Kuala Lumpur.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda