Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelanggan kecewa barangan lewat sampai

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 25 Jan – Beberapa orang pelanggan melahirkan rasa kecewa berikutan kelewatan menerima barangan mereka yang dikirimkan menggunakan Pos Laju di sini.

    Menemui Media Permata, salah seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Awang Ramli mendakwa, bungkusannya yang sepatutnya sebagai hadiah mengejutkan isterinya daripada anaknya baru-baru ini, tidak sampai pada waktunya, bukan itu saja, malahan terlewat lebih 10 hari.

    Beliau memberitahu, bungkusannya dikirim oleh anaknya dari Pos Laju Bandar Seri Begawan dan telah sampai di Pejabat Pos Kuala Belait pada hari yang sama, tetapi tidak sampai ke alamatnya di Kampung Sungai Teraban biarpun mereka menunggu sehingga lebih tiga hari sebelum pergi ke pejabat berkenaan untuk mendapatkan kepastian sama ada bungkusan mereka sudah sampai atau belum.

    Contoh barangan pelanggan yang tidak tiba pada waktu yang sepatutnya.
    Contoh barangan pelanggan yang tidak tiba pada waktu yang sepatutnya.

    “Saya diberitahu bahawa barang tersebut sudah sampai pada tarikh yang sama semasa anak saya mengirimkannya dari Bandar Seri Begawan, tetapi setelah tiba di Kuala Belait, mereka memberikan alasan tidak berjaya menemukan alamat rumah, sedangkan nombor telefon rumah dan telefon bimbit tertulis pada bungkusan,” katanya.

    Beliau yang melahirkan rasa kecewa, turut berkata, “Nasib baik bungkusan hanyalah merupakan hadiah untuk isterinya, sekiranya ia adalah dokumen penting, sudah tentu akan menimbulkan masalah.”

    Beliau seterusnya berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi bagi mengelakkan bungkusan terlewat sampai kepada penerimanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda