Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pelanggaran dua kereta ragut nyawa lelaki warga asing

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 17 APRIL – Seorang lelaki warga asing berumur 43 tahun maut dalam satu insiden kemalangan kereta di kawasan lampu isyarat, Lorong Tiga Seria, Daerah Belait, semalam.

    Balai Polis Seria, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemalangan dua buah kenderaan itu pada 16 April sekitar jam 10:55 malam.

    Kecederaan teruk dialami mangsa yang juga pemandu salah sebuah kereta berkenaan dipercayai akibat impak daripada pelanggaran kenderaan sehingga mengakibatkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaannya

    Hasil siasatan awal daripada insiden itu, mangsa sedang memandu bersama temannya (penumpang) menuju ke kawasan lampu isyarat Lorong Tiga Seria.

    Semasa lampu isyarat bertukar warna hijau, mangsa pun memulakan perjalanan dan tiba-tiba sebuah kenderaan dari arah hala kanan didapati sedang dipandu tanpa henti walaupun lampu isyarat pada ketika itu sedang menyala merah.

    Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis. PPDB ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan pemanduan, terutama aspek kawalan had laju, penglihatan yang jelas, sentiasa bersikap tolak ansur, lebih-lebih lagi pemanduan semasa waktu malam.

    Salah sebuah kereta yang terlibat dalam insiden pelanggaran di Daerah Belait. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...