Pelantikan baharu SUT JPM

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Dato Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu dilantik menjadi setiausaha tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-undang) Jabatan Perdana Menteri di samping menjadi pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai Hari Sabtu, 31 Julai 2021 Masihi bersamaan dengan 21 Zulhijjah 1442 Hijrah.