BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Baginda telah memperkenankan pelantikan dua pegawai kanan yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos.
Pegawai-pegawai berkenaan ialah Ketua Sel Inspektorat Tentera Darat Diraja Brunei, 437 Kolonel Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim menjadi setiausaha tetap (pembangunan, pemeliharaan dan teknologi), Kementerian Pertahanan dan Ketua Pejabat Perundangan Tentera, Pejabat Urus Setia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, 643 Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini menjadi setiausaha tetap (dasar, kewangan dan pentadbiran), Kementerian Pertahanan.