Pelantikan keahlian MMN yang baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Berikutan pembubaran Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan keahlian yang baru yang berkuat kuasa mulai esok (13 Januari 2017).

Berikut adalah senarai nama ahli-ahli MMN yang baru.

Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

A . Ahli-ahli rasmi kerana Jawatan (Perdana Menteri dan Menteri-menteri) Menurut Ceraian 1(a) (i) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1).

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

2. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

3. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

4. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan.

5. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua).

6. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua).

7. Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri.

8. Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

9. Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Pembangunan.

10. Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

11. Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan.

12. Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

13. Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan.

B. Orang-orang bergelar menurut Ceraian 1 (a) (ii) dari Jadual Kedua Perkara 24 ( 1).

14. Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

15. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

16. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim.

C. Orang-orang yang telah mencapai kecemerlangan menurut Ceraian 1 (a) (iv) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1).

17. Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung.

18. Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Arshad @ Haji Sabli.

19. Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

20. Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

21. Yang Berhormat Dayang Hafimi binti Abdul Haadii.

22. Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Ash’ari.

23. Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

D. Wakil yang dilantik dari daerah-daerah menurut Ceraian 5 (1) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1)

24. Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Daerah Brunei dan Muara.

25. Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Penghulu Mukim Kota Batu, Daerah Brunei dan Muara.

26. Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong ‘A’, Daerah Brunei dan Muara.

27. Yang Berhormat Haji Muhaimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis, Daerah Brunei dan Muara.

28. Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Daerah Brunei dan Muara.

29. Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang, Daerah Belait.

30. Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Ketua Kampung Labi I, Daerah Belait.

31. Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong, Penghulu Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong.

32. Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit, Penghulu Mukim Telisai, Daerah Tutong.

33. Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, Penghulu Mukim Bokok, Daerah Temburong.

E. Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar.