Pelantikan pegawai kehakiman

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mahkamah-mahkamah syariah telah memaklumkan pelantikan dua orang pegawai kanan mahkamah.

Pegawai berkenaan ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Pengiran Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Haji Muhammad Bahrin bin Haji Alias dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Mahkamah Rayuan Syariah, pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai 2 Ogos 2021.