BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah bagi Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dilantik menjadi Peguam Negara.
Tarikh pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai esok, Selasa, 6 Oktober 2020 Masihi bersamaan dengan 18 Safar 1442 Hijrah.