Pelantikan setiausaha tetap baharu KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari dilantik menjadi setiausaha tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di KKBS.

Tarikh pelantikan pegawai tersebut berkuatkuasa mulai esok, Isnin, 5 Oktober 2020 Masihi bersamaan dengan 17 Safar 1442 hijrah.