BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin menjadi setiausaha tetap berkuat kuasa mulai esok, 18 Mei 2021 bersamaan dengan 6 Syawal 1442Hijrah.