Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelantikan SUT, Timbalan SUT

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran dan pelantikan beberapa orang pegawai kanan.

    Setiausaha Tetap (SUT) (Pengurusan dan Antarabangsa) di Kementerian Kewangan, Haji Nazmi bin Haji Mohamad ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai SUT (Hal Ehwal Korporat dan Pentabiran Awam) di JPM.

    Jurukira Agung di Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Dayang Norliah binti Kula dilantik sebagai SUT (Prestasi) di Kementerian Kewangan.

    Sementara itu, Timbalan SUT (Ekonomi dan Kewangan) di JPM, Dr. Hajah May Faezah binti Haji Ahmad Ariffin ditukar ke Kementerian Kewangan sebagai Timbalan SUT (Prestasi dan Compliance di Kementerian Kewangan.

    Timbalan SUT (Prestasi dan Compliance) di Kementerian Kewangan, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Mohammad ditukar ke JPM sebagai Timbalan SUT (Ekonomi dan Kewangan) di JPM.

    Pegawai Pentadbir Kanan di Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, JPM, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, dilantik sebagai Timbalan SUT (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran) di JPM.

    Tarikh pertukaran dan pelantikan para pegawai berkenan berkuat kuasa mulai hari Rabu, 22 Rejab 1438H bersamaan 19 April 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda