Pelantikan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Baginda Sultan telah mengurniakan titah perintah bagi Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar dilantik menjadi Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara mulai esok, 9 April 2021 bagi menggantikan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar yang tidak lagi memegang jawatan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara dari tarikh tersebut.