Pelari elit bertanding di Maraton Tokyo

TOKYO, 1 MAC – Pelari maraton Birhanu Legese dari Ethiopia telah memenangi Maraton Tokyo, di mana acara maraton tersebut telah disekat oleh Jepun dalam usaha untuk memerangi penularan koronavirus.

Legese yang berjaya menamatkan larian ke garisan penamat dengan catatan masa 2 jam, 4 minit dan 15 saat, 34 saat mendahului pelari Belgium, Bashir Abdi.

Larian tersebut pada mulanya menjangkakan penyertaan seramai 38,000 orang peserta tetapi telah disekat kepada pelari elit sahaja disebabkan oleh kebimbangan penularan virus di Jepun.

Perlumbaan tersebut, merupakan sebahagian dari latihan Olimpik untuk acara larian maraton Jepun, telah kurangkan kepada 200 peserta sahaja.

Penonton dapat dilihat beratur sepanjang jalan di ibu negera Jepun tersebut tetapi jumlah penonton yang menyaksikan larian tersebut jelas sekali kurang dari tahun-tahun sebelum ini. Pihak kerajaan Jepun turut meminta orang ramai agar tidak berhimpun di tempat ramai. – AP

Pelari dari Ethiopia, Birhanu Legese telah menjuarai acara larian Maraton Tokyo dalam acara yang hanya disertai oleh pelari-pelari elit disebabkan oleh penularan koronavirus. – AP