Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Pelari Kenya mendominasi KLSCM 2022

    KUALA LUMPUR, 13 NOV – Pelari Kenya jelas berada dalam kelas tersendiri apabila mendominasi kategori maraton penuh terbuka (42.195 kilometer) lelaki dan wanita dalam larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022 hari ini.

    Pada acara yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, Moses Kiptoo Kurga yang membuat penampilan sulung, muncul juara kategori lelaki selepas mencatatkan masa 2 jam 11 minit dan 6 saat.

    Beliau menewaskan pelari senegara, Kiprop Tonui dan Ngare Joseph Mwangi yang masing-masing menamatkan larian pada tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 2’15.23s dan 2’16.06s.

    Kurgat berkata beliau boleh merekodkan masa lebih baik pada larian hari ini, namun disebabkan beberapa kekangan seperti cuaca lembap telah melambatkan lariannya, bagaimanapun beliau berpuas hati dengan masa yang dilakarkan.

    Dalam kategori wanita, Shelmith Nyawira Muriuki memenangi perlumbaan selepas merekodkan 2’44.16s untuk mengalahkan rakan senegaranya, Sheila Jepkosgei Chesang di tempat kedua (2’45.15s) manakala Eunice Nyawira Muchiri di kedudukan ketiga dengan masa 2’49.00s. – Bernama

    Pelari Kenya, Moses Kiptoo Kurgat dan Shelmith Nyawira Muriuki masing-masing mengungguli kategori larian maraton penuh terbuka (42.195 km) lelaki dan wanita pada larian Kuala Lumpur Standard Charted Marathon (KLSCM) 2022 di Dataran Merdeka, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...