Sunday, April 14, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Pelari Sabah cipta sensasi tewaskan senior

    KUALA LUMPUR, 12 FEB – Pelari pecut pelapis dari Sabah, Pengiran Aidil Auf Hajam mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat emas acara 200 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini hari ini.

    Atlet berusia 18 tahun itu merekodkan 21.54 saat serta menewaskan peserta senior termasuk bekas pemegang rekod kebangsaan acara itu, Khairul Hafiz Jantan yang menamatkan saingan di tangga tercorot.

    Khairul Hafiz atau dikenali sebagai The Speedy Jantan pernah mencatatkan rekod kebangsaan iaitu 20.90 saat bagi acara itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.

    “Syukur alhamdulillah dengan larian tadi sebab saya mampu bersaing dengan abang-abang senior dalam larian pecut 200 meter dan banyak perkara yang saya dapat pelajari dari larian tadi.” – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...